Wednesday, August 25, 2010

Another gone.

Aku tak tau kenapa hati aku keras. Aku rasa hati aku keras.

Semalam nenek aku meninggal. The only nenek yang ada dalam hidup aku. Dia dah tak ada. Semalam mak aku call aku masa kerja, dia cakap nenek dah meninggal. Aku tergamam. Tergamam sebab tak ada perasaan yang timbul. Aku keliru nak kena rasa apa. Sedikit pun aku tak terasa dengan berita tu. Tapi aku kenakan muka suram untuk menghormati keadaan. Aku terus balik untuk menghadiri perkebumian nenek aku. Dalam perjalanan itu aku cuba ingatkan balik kenangan2 indah yang ada bersama dia. Tapi malangnya tak ada.

Sejarah nenek aku dan mak aku sangat panjang untuk diceritakan tapi cukup untuk tahu yang aku tak rapat dengan dia . Tapi dia tetap nenek aku.

Sampai saja di rumah dia, aku nampak dia dibaringkan diatas katil ditutupi dengan kain batik. Aku ikut mak aku terus ke katil. Aku terus sebak bila aku tengok muka nenek aku dan bila aku kiss pipi dia, aku terasa dia sangat sejuk. Disitu baru aku mula terasa kehilangan dia.
Selepas beberapa kali berada dalam cycle kemuraman, kesedihan, ketenangan, kepenatan, kesedihan balik, dengan cycle yang berulang-ulang dalam satu hari, aku rasa aku mengalami emotion exhaustion. Itu membuatkan aku penat dan aku rasa hari itu berjalan dengan sangat lambat.

Semoga roh nenek aku bersemadi dengan aman dan aku berdoa agar diampunkan dosa2nya. Amin.

No comments:

My photo
ordinary. nothing extraordinary. just a little bitchy at heart. but will never admit it. i'm pretty nice n nerdy. u nice to me. i nice to u. it's that simple.