Saturday, December 26, 2009

This is what we call bellyaching.

Hye! Kerja pada hari Sabtu memang bosan kan? Especially kalau hari Sabtu tu kita tak biasa kerja.

Sebelum itu, mari saya perkenalkan cara2 perkerjaan saya pada hari Sabtu ini:
Pada kebiasaannya Contact Centre memang tak berkerja pada hari Sabtu. Tetapi, setiap minggu akan ada seorang yang kena berkerja pada hari Sabtu itu. Maknanya, dalam 4 bulan saya perlu berkerja pada hari Sabtu sekali sahaja tetapi berseorangan lah. Sebabnya? Sebab pada hari Sabtu pun ada call masuk cuma sampai pukul 12.30 saja. Dan call pun tak banyak itu sebab perlu seorang saja yang berkerja.

Berbalik pada rungutan saya.
Dah la hari ini sehari selepas hari Christmas. Semestinya panggilan masuk mesti kurang atau tak ada langsung. Dan motif saya datang kerja pagi2 buta? Bermain facebook? Menulis blog dalam bahasa baku melayu? Bersedih keseorangan sebab takde teman disisi? Atau kebosanan tahap cipan sampai perasaan ini merasai bahawa masa berjalan macam siput yg patah kaki dan sedang tidur ditepi jalan? Apa faedahnya semua ini? Masakan saya sepatutnya berada dikatil kesayangan bersama tilam dan bantal empuk yang sangat wangi boleh membuai diri ketahap peniduran yang maksima impaknya.

Haish. Saya cuma mintak satu saja. Boleh tak mintak dekat Pakcik Santa? kan Christmas kan? Okeh saya cuma mintak masa ini berjalan dengan pantas supaya saya boleh beredar dari sini dan sambung online dekat rumah. Sebab online dekat office tak best. Line internet lembab macam siput yang patah kaki dan sedang makan rumput2 rumah sebelah.

p/s: Bosan sungguh hidup ini.

2 comments:

ema 7elwa said...

hehehehehehheeh
relax my dear
aku selalu je kene keje sabtu
selamat opis aku sebelah KLCC takler bosan sangat
anyway balik kul bape??

iwa xaqi said...

balik kul 12.30..
ala kalo duk sebelah KLCC pun tiap2ari gi sane mmg bosan gak laa..

My photo
ordinary. nothing extraordinary. just a little bitchy at heart. but will never admit it. i'm pretty nice n nerdy. u nice to me. i nice to u. it's that simple.