Sunday, January 18, 2009

"me and my backpack" -penang/ipoh

15/1/09
Tepat pukul 8 malam, naik train dari kl central ke butterworth. 1 seat=rm30


Perjalanan 9 jam dalam train boleh dikatakan "agonizing" (terseksa) abis ar. Nak tido tak tido, nak gerak tak gerak. Lagi2 ada budak kecik kat seat depan yang tak abis2 merengek2 kenyaringan. Tambah pula dengan lighting yang sangat terang, tak kasik can nak tutup mata dengan tenang. Tapi bagi aku, perjalanan naik train nie sangat best sebab :
1. First time naik KTM.
2. Dapat jalan2 kat dalam tuh dari gerabak ke gerabak, sambil tgk org2 tgh tido.
3. Boleh tgk Princess Diary 2. (TV plasma Samsung)

Pada jam 5.00 pagi, train pun berenti, Faisal cakap dah sampai. Aku pun cepat2 amik barang takut train jalan. Kat depan kitorg ade 2 minah saleh. Diorg pun nak turun Butterworth so die pun tanye Faisal "is this Butterworth?" Faisal mcm excited lebih ckp "yes! yes!". Kitorang pun turun train nak menuju ke jetty. Sekali tengah jalan tu nampak signboard terpampang besar tulis "bukit mertajam". Faisal nie yek yek je. Kitorang ape lagi, kelam kabut naik train balik. Nasib baik train tak jalan lagi kalo tak terpaksa lakonkan adegan filem hindustan kejar train. Dah la ade minah saleh ikut kitorang. Buat malu je. Hehe.

Pukul 5.15 pagi, sampai Butterworth!

Sampai je jetty, kitorang naik ferry! Nasib baik ade ramai org walaupun time tu pagi2 buta. Gelap abis time tu, sejuk pun sejuk. tambang = rm 1.20 (syiling shj)

Sampai je penang, operasi mencari tempat berteduh bermula. Kitorang jalan kaki je. Jalan lembah Chulia tu kosong macam takde penghuni, dah la gelap. Scary je. Jalan punya jalan sekali jumpe Hutton Lodge. Bangunan die kire sophisticated dan elegant dari yg lain.
Rate; Dorm = rm 28 Single room = rm 50 Twin room = rm 60

Bilik selesa dan bilik air die kene kongsi kat luar bilik. Macam asrama abis.
(boleh skodeng matsaleh pakai towel. ahak)

16/1/09
Selepas berehat sebentar, bermulalah misi mencari makanan. Time tu dah tak leh nak breakfast dah so kitorang makan lunch terus. Apa lagi, lunch kat line clear ar. Masa tu lapar sangat tak sempat nak tangkap gambar. Hehe. Tau2 dah licin. Memang sedap ar nasi kat situ. Ayam madu die sedap gilah! Tapi aku kene marah sebab mintak sotong goreng. Diorang tak jual sotong goreng pastu membebel plak kat aku. Cet!
Dah tu, kitorang round 1 georgetown sambil mencuba delicacies2 dan sambil menangkap pics dengan pertolongan buku Lonely Planet Faisal.


Jalan2 Georgetown



Ini semua permandangan dan bangunan di penang. Dari mata dan kamera amatur.

makan syiok!
cendol terbaekk!

ais tingkap. terbaekk gak.
Vadai. Paling sedap aku rasa.
Mangga Lassi. Mashem.

Malam tu plak, aku paksa2 Faisal nak gi Gurney Drive sebab emah n alia dok paksa2 pegi situ. Diorang cakap tak lengkap gi Penang kalo tak gi Gurney Drive. So aku gi gak walaupun naik teksi ke sane rm 15 dan balik pun rm 15.

Makanan Gurney Drive
sotong kangkung. dap!
Faisal's Pasembur.
sotong kurita. huu.
Dan aku makan laksa penang air itam. Sedap! (takde pic sbb aku mkn abis dulu)

Disebabkan makan banyak sangat malam tuh. Kitorg jadi gila buat light trail gune digicam membelakangi kota gurney drive di malam hari.

Tamatlah hari yang sangat panat itu. (balik je kitorg minum eno sorang satu botol.)

17/1/09
Bangun pagi2 sebab nak bertolak ke Ipoh untuk bertemu dengan geng lomo ipoh (abgis, nabil, abg arip) sebab ade event kat sane. Tapi sebelum tu kitorang breakfast dulu kat tempat faveret Faisal.

Roti bakar wit telur. best sangat!
Aku tak tau nape tapi nafsu setanku mintak roti canai. Perut kenyang abis. Aku tak abis.

Sebaik saja perut dah kenyang, kitorg bertolak naik ferry.

Byebye Penang! had lots of great time exploring you. You've been kind and wonderful. Your hospitality will be remembered always. The memories are exceptionally great. Soon i'll be seeing you again. Love you!

11 comments:

reza! said...

wah,

sirap berbiji selasih..

ahaks..

Anonymous said...

dem! syiok nya backpacking!

iyan said...

ais tingkap?
cemn aku bole missed nih?
naik keretapi?
cool!

Mim Jamil said...

terbaikk~
:D

alia said...

cerita la psl hutton lodge please.

Anonymous said...

iraaaaa~~~ nape tak tapaukan kite cendol tuuuuu.. huhuhuhu

seƱor sissy said...

wahh more more pics!!
pergi berdua je ke ira?
:D

iwa xaqi said...

huhu..mmg best pown..

kalo nak tau mknan best2 tanye la faisal..die yg tau sume tu..

nuruz..kalo kt tapaukan kat awk mesti tinggal plastik je..hehe..

sha..dah edit wit more pics..
ha'ah kite berdua je..

alia said...

wth? emah and alia paksa2 p gurney?
hahaha. pftt. tak sah ok p penang tak p gurney. cos gurney is the bestest place to mkn2.

haaa. awak, pasni buat road trip penang jom!

Anonymous said...

ehmm..bestnya..
org suka sotong kangkung tuh..sedap ok.. :)

c!k baBy said...

g penang naek train memang terseksa tapi besh kann.
hee :D

My photo
ordinary. nothing extraordinary. just a little bitchy at heart. but will never admit it. i'm pretty nice n nerdy. u nice to me. i nice to u. it's that simple.